Nyatakan pertikaian Orientalis terhadap kerasulan nabi Muhammad dan hujah menjawabnya?
Pengertian
orientalis adalah ; faham yang keinginan menyelidiki hal-hal yang berkaitan
dengan bangsa timur dan lainnya, faham ini berfokus kepada dunia Islam. Dengan demikian
para orientalis mempunyai harapan dalam mengkaji biografi Nabi Muhammad seperti
merebetnya tuduhan dusta,dan pernah mempunyai julukan sebagai ahli sihir,
kekerasan, menyiarkan agama dengan pedang.
Fokus
tulisan kali ini adalah tuduhan orientalis terhadap hadis Nabi sallahu alihi
wassalam yang dikatakan tidak boleh dijadikan hujah kerana terdapat larangan
menulis hadis dan tersebar banyaknya hadis palsu dalam masyarkat Islam. Mereka ingin memadamkan cahaya Islam dengan bermacam makar dan
propaganda, akan tetapi Allah Ta’ala tetap memelihara agama dan menyempurnakan
cahayaNya.
يُريْدُونَ
أَن يُطْفِئُوا نُوْرَ اللهِ بِأَفْۈهِِِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ
نُورَهُُ ووَلَوْكَرِهَ ٱلكفِرُونَ
“Mereka (orang-orang kafir) ingin
memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, [dan Allah
tidak mengkehendaki -ed] sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya (agama)Nya
sekalipun orang-orang kafir tidak senang.” (Surah at-Taubah 9:32]
Sejak awal abad 20 Masihi, sungguh
Hadith telah menghadapi bermacam cubaan, celaan, kritikan dari kaum orientalis.
Mereka menebarkan bermacam syubahat tentang Hadith dengan tujuan menjauhkan
kaum Muslimin dari agama mereka dan menanamkan bermacam keraguan dalam diri
kaum Muslimin. Mereka diikuti oleh para neo-orientalis dan kaum munafiq yang (mengikuti) kepada mereka. Mereka rela menjual
aqidah dan prinsip agama mereka kepada non-Muslim untuk menghancurkan Islam
dari dalam dan menggunting kain dalam lipatan.
Di antara tokoh utama orientalis yang
popular dalam menghujah Islam dan mengkritik Hadith adalah Ignaz Goldziher (1850-1921M) (Lihat biografinya di
kitabal-A’lam karangan az-Zirikli (1/84) ) seorang
Yahudi yang menulis kitab “al-Aqidah wasy Syari’ah fil Islam”
dan Joseph
Schacht (1902-1969M)
(Lihat biografinya di kitab al-Uyubul
Manhajiyyah fi Kitabatil Mustasyriq Syakhat al Muta’alliqah bis Sunah an
Nabawiyyah” karangan Dr. Khalid bin Manshur ad-Durais (hlmn5-13) )
seorang Nasrani (Kristian) yang berasal dari Inggeris, penulis kitab “Ushul
al-Fiqh al-Muhammadi”. (Christiaan Snouck Hurgronje, dan Edmund
Castell juga merupakan antara tokoh orientalis silam pada 1606-1685M-ed) .Hasil
karya mereka inilah yang dijadikan sebagai rujukan utama oleh dunia barat dalam
mengkaji Islam khususnya di kalangan para orientalis yang datang setelah mereka
dan para pengikut mereka yang berasal dari dunia timur yang mempelajari Islam
di dunia barat, atau yang diracuni-dengan pemikiran mereka, khusus sekali dalam
bidang mengkaji Hadith dan Fiqh Islam.
Hujah pertama untuk menjawab
tuduhan Orientalis yang nabi melarang menulis selain dari al-Quran .Hadis itu
telah mansuh sebagaimana nabi memerintahkan Amru bin Al-Ash Rasulullah صلى الله
عليه وسلم, lalu beliau menunjuk dengan jari ke
mulutnya, seraya bersabda, “Tulislah, demi Dzat yang jiwaku berada di
TanganNya, tiada yang keluar darinya kecuali kebenaran.” (HR Abu Daud dalam Sunannya no. 3646, Ahmad dalam Musnad 2/162
dan al-Hakim dalam Mustadrak 1/105, al-Hafidz Ibnu Hajar
berkata, “Hadith ini mempunyai beberapa sanad yang saling menguatkan.” Lihat: Fathul Bari 1/250)
Adapun perkataan para orientalis
bahawa “larangan tersebut menjelaskan bahawa hadith bukanlah hujjah” ini adalah
kebatilan yang nyata, sebab para Ulama telah menjelaskan larangan tersebut
bukanlah larangan secara mutlak, akan tetapi kerana beberapa faktor, di
antaranya:
1. Larangan tersebut khusus tentang
penulisan Hadith bersama Al Qur’an dalam satu lembaran, kerana dikhuatirkan
akan terjadi percampuran antara Al Qur’an dan Sunnah tanpa ada pembeza antara
keduanya. (Lihat Ma’alimus
Sunan (4/183)
dan as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail
Islam-Munagasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/288)
2. Larangan tersebut khusus di
waktu turunnya Al Qur’an kerana dikhuatirkan akan tercampur Al Qur’an dengan
selainnya, sedangkan izin untuk menulis adalah di waktu selain itu. (LihatZadul
Ma’ad 3/457
dan Fathul Bari 1/251)
3. Sebab larangan tersebut kerana
kekhuatiran akan menyibukkan kaum Muslimin dari memperhatikan Al Qur’an dan
lebih mengutamakan Hadith, sehingga menyebabkan ditinggalkan Al Qur’an dan
diabaikan. (Lihat as-Sunnatun
Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/292-296).
Yang kedua,mengenai hadis palsu
telah tersebar meluas dalam kalangan umat Islam,jadi hadis tidak boleh dijadikan
sumber hukum .Menjawab persoalan ini jika dikatakan pemalsuan hadis bermula
pada zaman sahabat,pastinya ia tidak benar kerana ijmak Ulama Ahli Sunnah
mengatakan kesemua sahabat adil dan tidak akan berdusta atas nama rasul
berdasarkan ayat Quran (Surah Taubah 9:100),dan hadis-hadis tentang kelebihan
sahahat.Benar hadis palsu mula tersebar dikatakan sejak kematian Saidina Utsman
dan selepasnya,namun para ulama salaf dan khalaf berusaha keras dalam menagani
masalah ini,pelbagai kitab hadis sahih dikumpul dan dikarang contohnya sahih
Bukhari,Muslim,Muwattak,Sahih Ibnu Khuzaimah,Sahih Ibnu Hibban,Mustadarak
al-Hakim dan sebagainya.Begitu juga kita-kitab yang mengarang dan mengumpulkan
hadis palsu antaranya Al-Mudhuaat al-Kubra karangan Abu al-Farj Abd Rahman bin
al-Jauzi (wafat 597H) Manarul Munif fi Sahih wa daif karangan Ibnu
Qayyim,Al-Lali Al-Masnu’ah Fi Al-Ahadith Al-Mudhua’ah karangan Al-Hafiz
Jalaluddin Al-Sayuti(wafat 911H).
Oleh kerana itu,
hendaklah kaum Muslimin waspada dan berhati-hati dari syubahat-syubahat,
makar-makar, dan propaganda-propaganda musuh Islam dari kalangan non-Muslim dan
para pengikut mereka dari kalangan munafiqin yang bertopengkan Islam, sementara
mereka adalah orang yang telah menjual keIslaman yang prinsip, iaitu AQIDAH mereka kepada
musuh-musuh Islam, sehingga mereka menjadi boneka-boneka para orientalis dalam
menghujah Islam dan Hadith, ibarat musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.[1]
[1]
(Disusun
oleh Syeikhuna Dr. Muhammad Nur Ihsan hafizullah,Ph.D dari Universiti Islam
Madinah,pensyarah STDI Imam Syafie,Jember,Jawa Timur,Indonesia)
Majalah As Sunnah Edisi 10/Thn
XV/Rabi’ul Awal 1433H/Februari 2012M