Wednesday, 12 April 2017

Nyatakan pertikaian Orientalis terhadap kerasulan nabi Muhammad dan hujah menjawabnya?


Pengertian orientalis adalah ; faham yang keinginan menyelidiki hal-hal yang berkaitan dengan bangsa timur dan lainnya, faham ini berfokus kepada dunia Islam. Dengan demikian para orientalis mempunyai harapan dalam mengkaji biografi Nabi Muhammad seperti merebetnya tuduhan dusta,dan pernah mempunyai julukan sebagai ahli sihir, kekerasan, menyiarkan agama dengan pedang.
Fokus tulisan kali ini adalah tuduhan orientalis terhadap hadis Nabi sallahu alihi wassalam yang dikatakan tidak boleh dijadikan hujah kerana terdapat larangan menulis hadis dan tersebar banyaknya hadis palsu dalam masyarkat Islam. Mereka ingin memadamkan cahaya Islam dengan bermacam makar dan propaganda, akan tetapi Allah Ta’ala tetap memelihara agama dan menyempurnakan cahayaNya.
يُريْدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُوْرَ اللهِ بِأَفْۈهِِِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُُ ووَلَوْكَرِهَ ٱلكفِرُونَ ۝
“Mereka (orang-orang kafir) ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, [dan Allah tidak mengkehendaki -ed] sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya (agama)Nya sekalipun orang-orang kafir tidak senang.” (Surah at-Taubah 9:32]
Sejak awal abad 20 Masihi, sungguh Hadith telah menghadapi bermacam cubaan, celaan, kritikan dari kaum orientalis. Mereka menebarkan bermacam syubahat tentang Hadith dengan tujuan menjauhkan kaum Muslimin dari agama mereka dan menanamkan bermacam keraguan dalam diri kaum Muslimin. Mereka diikuti oleh para neo-orientalis dan kaum munafiq yang  (mengikuti) kepada mereka. Mereka rela menjual aqidah dan prinsip agama mereka kepada non-Muslim untuk menghancurkan Islam dari dalam dan menggunting kain dalam lipatan.
Di antara tokoh utama orientalis yang popular dalam menghujah Islam dan mengkritik Hadith adalah Ignaz Goldziher (1850-1921M) (Lihat biografinya di kitabal-A’lam karangan az-Zirikli (1/84) ) seorang Yahudi yang menulis kitab “al-Aqidah wasy Syari’ah fil Islam” dan Joseph Schacht (1902-1969M) (Lihat biografinya di kitab al-Uyubul Manhajiyyah fi Kitabatil Mustasyriq Syakhat al Muta’alliqah bis Sunah an Nabawiyyah” karangan Dr. Khalid bin Manshur ad-Durais (hlmn5-13) ) seorang Nasrani (Kristian) yang berasal dari Inggeris, penulis kitab “Ushul al-Fiqh al-Muhammadi”. (Christiaan Snouck Hurgronje, dan Edmund Castell juga merupakan antara tokoh orientalis silam pada 1606-1685M-ed) .Hasil karya mereka inilah yang dijadikan sebagai rujukan utama oleh dunia barat dalam mengkaji Islam khususnya di kalangan para orientalis yang datang setelah mereka dan para pengikut mereka yang berasal dari dunia timur yang mempelajari Islam di dunia barat, atau yang diracuni-dengan pemikiran mereka, khusus sekali dalam bidang mengkaji Hadith dan Fiqh Islam.
Hujah pertama untuk menjawab tuduhan Orientalis yang nabi melarang menulis selain dari al-Quran .Hadis itu telah mansuh sebagaimana nabi memerintahkan Amru bin Al-Ash Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu beliau menunjuk dengan jari ke mulutnya, seraya bersabda, “Tulislah, demi Dzat yang jiwaku berada di TanganNya, tiada yang keluar darinya kecuali kebenaran.” (HR Abu Daud dalam Sunannya no. 3646, Ahmad dalam Musnad 2/162
dan al-Hakim dalam Mustadrak 1/105, al-Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Hadith ini mempunyai beberapa sanad yang saling menguatkan.” Lihat: Fathul Bari 1/250)
Adapun perkataan para orientalis bahawa “larangan tersebut menjelaskan bahawa hadith bukanlah hujjah” ini adalah kebatilan yang nyata, sebab para Ulama telah menjelaskan larangan tersebut bukanlah larangan secara mutlak, akan tetapi kerana beberapa faktor, di antaranya:
1. Larangan tersebut khusus tentang penulisan Hadith bersama Al Qur’an dalam satu lembaran, kerana dikhuatirkan akan terjadi percampuran antara Al Qur’an dan Sunnah tanpa ada pembeza antara keduanya. (Lihat Ma’alimus Sunan (4/183) dan as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munagasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/288)
2. Larangan tersebut khusus di waktu turunnya Al Qur’an kerana dikhuatirkan akan tercampur Al Qur’an dengan selainnya, sedangkan izin untuk menulis adalah di waktu selain itu. (LihatZadul Ma’ad 3/457 dan Fathul Bari 1/251)
3. Sebab larangan tersebut kerana kekhuatiran akan menyibukkan kaum Muslimin dari memperhatikan Al Qur’an dan lebih mengutamakan Hadith, sehingga menyebabkan ditinggalkan Al Qur’an dan diabaikan. (Lihat as-Sunnatun Nabawiyyah fi Kitabat A’dail Islam-Munaqasyatuha war Raddu ‘alaiha (1/292-296).
Yang kedua,mengenai hadis palsu telah tersebar meluas dalam kalangan umat Islam,jadi hadis tidak boleh dijadikan sumber hukum .Menjawab persoalan ini jika dikatakan pemalsuan hadis bermula pada zaman sahabat,pastinya ia tidak benar kerana ijmak Ulama Ahli Sunnah mengatakan kesemua sahabat adil dan tidak akan berdusta atas nama rasul berdasarkan ayat Quran (Surah Taubah 9:100),dan hadis-hadis tentang kelebihan sahahat.Benar hadis palsu mula tersebar dikatakan sejak kematian Saidina Utsman dan selepasnya,namun para ulama salaf dan khalaf berusaha keras dalam menagani masalah ini,pelbagai kitab hadis sahih dikumpul dan dikarang contohnya sahih Bukhari,Muslim,Muwattak,Sahih Ibnu Khuzaimah,Sahih Ibnu Hibban,Mustadarak al-Hakim dan sebagainya.Begitu juga kita-kitab yang mengarang dan mengumpulkan hadis palsu antaranya Al-Mudhuaat al-Kubra karangan Abu al-Farj Abd Rahman bin al-Jauzi (wafat 597H) Manarul Munif fi Sahih wa daif karangan Ibnu Qayyim,Al-Lali Al-Masnu’ah Fi Al-Ahadith Al-Mudhua’ah karangan Al-Hafiz Jalaluddin Al-Sayuti(wafat 911H).
Oleh kerana itu, hendaklah kaum Muslimin waspada dan berhati-hati dari syubahat-syubahat, makar-makar, dan propaganda-propaganda musuh Islam dari kalangan non-Muslim dan para pengikut mereka dari kalangan munafiqin yang bertopengkan Islam, sementara mereka adalah orang yang telah menjual keIslaman yang prinsip, iaitu AQIDAH mereka kepada musuh-musuh Islam, sehingga mereka menjadi boneka-boneka para orientalis dalam menghujah Islam dan Hadith, ibarat musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.[1]





[1] (Disusun oleh Syeikhuna Dr. Muhammad Nur Ihsan hafizullah,Ph.D dari Universiti Islam Madinah,pensyarah STDI Imam Syafie,Jember,Jawa Timur,Indonesia)
Majalah As Sunnah Edisi 10/Thn XV/Rabi’ul Awal 1433H/Februari 2012M

No comments:

Post a Comment